PAS kekal tidak bubar DUN 3 negeri


  • Politik
  • Khamis, 13 Okt 2022

Hadi Awang berkata, PAS turut membuat keputusan untuk memperkukuhkan kerjasama dalam PN. — Bernama

PAS tetap dengan pendiriannya untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pentadbiran parti berkenaan iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan kira-kira empat jam di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur pada Khamis.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, PAS turut membuat keputusan untuk memperkukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN) atas prinsip penyatuan ummah.

Beliau berkata selain itu, mesyuarat juga memutuskan akan memuktamadkan perbincangan kerusi di negeri dengan PN.

"Senarai calon daripada negeri perlu diangkat untuk penilaian Majlis Syura Ulama,” katanya dalam satu kenyataan.

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri beberapa pemimpin tertinggi parti antaranya Timbalan Presiden Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Agung Datuk Seri Takiyuddin Hassan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

PRU15, PAS, Abdul Hadi, DUN, penyatuan ummah