Gegaran gempa bumi lemah di Sabah, tiada kemalangan jiwa dilaporkan


  • 112
  • Khamis, 13 Okt 2022

Gempa bumi sedalam 10 kilometer (Km) itu dirasai di sekitar kawasan Kunak, Sabah.

SATU gempa bumi lemah berukuran 3.2 pada skala Richter berlaku di Kunak, Sabah pada Rabu malam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Sabah, Misran Bisara berkata, gempa bumi pada kedalaman 10 kilometer (Km) itu dirasai di sekitar kawasan Kunak.

"Gegaran itu dilaporkan berlaku pada pukul 11.10 malam.

"Bagaimanapun, pihak kami tidak menerima sebarang panggilan mengenai kerosakan atau kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambahnya lagi, sekumpulan anggota bomba juga turut dihantar untuk memeriksa keadaan di kawasan tersebut dan mendapati semuanya dalam keadaan selamat.

Pegawai Jabatan Meteorologi Malaysia juga sedang memantau keadaan di kawasan tersebut. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Gempa bumi, Kunak, Sabah, Bomba,