Bengang peniaga monopoli tapak, penduduk, pelancong Port Dickson puas hati khemah sewa haram dirampas


  • Berita
  • Khamis, 13 Okt 2022

BARU-BARU ini muncul rungutan di laman sosial berkaitan isu monopoli tapak perkhemahan oleh peniaga sehingga menyukarkan pelancong luar untuk mendirikan khemah sendiri.

Khemah itu didirikan secara kekal oleh peniaga dan mahu atau tidak, mereka yang ingin menggunakannya perlu menyewa daripada mereka.

Terbaharu, tindakan telah dilakukan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dengan menjalankan operasi dan menyita 16 khemah kanopi termasuk dua khemah camping di Pantai Cermin dan Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan pada Isnin.

Tindakan itu mendapat reaksi positif dalam kalangan penduduk dan pelancong yang menganggap tindakan monopoli ruang itu tidak sepatutnya berlaku.

311697688_167416919285858_2187901218621497563_n

Operasi menyita khemah yang dilakukan MPPD.

Matt Demon berkata, tiada salah untuk peniaga menawarkan khidmat sewa khemah tetapi perlulah dilakukan dengan cara yang betul.

"Nak berniaga sewa khemah boleh, tapi jangan cop tempat. Buka satu kiosk untuk sewa khemah dan biar pelanggan itu sendiri pilih tempat.

"Boleh caj sewa khemah dan kalau penyewa minta buka dan pasang khemah, boleh tambah lagi harga," katanya.

Iskandar Shah pula berkata, dia juga terkejut bila hadir ke Port Dickson kerana banyak ruang tepi pantai yang telah di book oleh peniaga.

"Saya terperanjat bila pergi Port Dickson kerana ruang di tepi pantai sudah banyak dicop oleh mereka. Kami nak beriadah dengan keluarga pun susah cari tempat," katanya.

Fila Lee pula berkata, MPPD diharap dapat konsisten dengan kawalan mereka untuk mengembalikan semula keindahan pantai Port Dickson

"Ini bukan menutup periuk nasi dan sebagainya. Tapi isu pelancongan yang terjejas teruk dan cacat jadinya dek kerakusan manusia yang tamak mencari peluang sampai menolak hak orang lain.

"Sedih mengenangkan keluarga yang datang nak berkelah, tapi nak bentang tikar pun tiada ruang," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram