'Anak bulan di Putrajaya', Puad Zarkashi beri bayangan Parlimen bubar


  • Politik
  • Ahad, 09 Okt 2022

Puad Zarkashi seolah-olah memberi bayangan Parlimen akan dibubarkan dalam masa terdekat.

DESAS-DESUS mengenai pembubaran Parlimen yang dijangka dibuat dalam masa terdekat heboh diperkatakan.

Terbaharu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi memberi bayangan Parlimen akan dibubarkan dalam masa terdekat.

"Difahamkan anak bulan kelihatan dengan jelas di Putrajaya. 'Raya' atau 'Pilihan raya'," tulisnya ringkas di laman Facebook pada Ahad.

Sebelum ini media melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada petang Ahad menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum keberangkatan baginda ke London sehingga 16 Oktober depan.

Pertemuan tersebut dikatakan untuk mendapat perkenan baginda berhubung pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan.

Khamis lalu, Istana Negara menjadi tumpuan pihak media susulan Ismail Sabri hadir menghadap baginda selama sejam.

Majlis Kerja Tertinggi Umno pula sebelum ini menetapkan bahawa pembubaran Parlimen perlu dilakukan dalam masa terdekat bagi memberi laluan kepada PRU15 diadakan pada tahun ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram