Ipsi bina jambatan persefahaman dengan bukan Islam sempena Maulidur Rasul


  • Massa
  • Ahad, 09 Okt 2022

Sukarelawan Ipsi mengedarkan bunga ros dan coklat sempena Maulidur Rasul di stesen Bukit Pulau Pinang.

KIRA-KIRA 500 orang bukan Islam menerima kejutan istimewa sempena sambutan Maulidur Rasul yang dianjurkan oleh Islamic Propagation Society International (Ipsi) Malaysia.

Kesemua peserta program berkenaan menerima sekuntum bunga mawar dan coklat.

Menurut salah seorang peserta, Tan Mei Mei, 60, ia adalah peluang yang baik untuknya mengenali Nabi Muhammad.

“Ia membuka mata saya untuk memahami Islam dan mengetahui kisah Nabi Muhammad,” katanya ketika ditemui di ibu pejabat Ipsi di Jalan Argyll pada A.

Pesara itu yang datang jauh dari Sungai Petani, Kedah berkata, ia merupakan kali pertama dia menyertai rakan beragama Islam untuk meraikan sambutan itu.

Berlainan pula kisahnya dengan seorang pekerja am, K. Neela, 59, yang mana dia berpengalaman menyertai jirannya di flat Kedah Road menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad sejak 15 tahun lalu.

Nenek kepada tiga anak itu turut memuji Ipsi kerana menyebarkan mesej itu kepada masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

Seramai 50 kakitangan Ipsi dan sukarelawan ke 10 lokasi berbeza di sekitar Pulau Pinang termasuk Queensbay, Masjid Kapitan Keling, Esplanade dan Weld Quay, Chowrasta, Komtar, Tanjung Bungah dan Batu Ferringhi, Balik Pulau, Ayer Itam, Waterfall dan Gurney Drive untuk mengagihkan bag cenderahati kepada masyarakat bukan Islam.

Presiden Ipsi, Datuk Kamaruddin Abdullah berkata, acara tahunan itu adalah untuk menyambut kelahiran Nabi Muhammad.

Beliau berkata, acara itu juga bertujuan membina jambatan persefahaman antara umat Islam dan bukan Islam dalam masyarakat berbilang kaum.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Besar I, Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman yang merasmikan majlis tersebut.

Perarakan tahunan Maulidur Rasul yang diadakan di Masjid Kapitan Keling itu adalah anjuran bersama Liga Muslim Pulau Pinang dan persatuan-persatuan Muslim Pulau Pinang. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram