PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara kira-kira pukul 4.45 petang.
Ismail Sabri sebelum itu hadir di Istana Negara kira-kira pukul 3.50 petang.
Tiada sebarang pertemuan dengan media dibuat Ismail Sabri ketika keluar dari Istana Negara.
Terdahulu, Ismail Sabri berkata perbincangan itu mungkin mengambil masa yang panjang memandangkan banyak perkara yang akan diterangkan selain beliau menerima pesanan daripada Seri Paduka. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
