Agong puas hati tahap kesiapsiagaan tangani bencana banjir — Tuan Ibrahim


  • Primer
  • Khamis, 06 Okt 2022

Yang di-Pertuan Agong hadir ke sesi Taklimat Monsun Timur Laut bagi mengetahui tahap kesediaan negara dalam berdepan dengan bencana banjir dalam tempoh masa terdekat. — Bernama

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli ke majlis Taklimat Monsun Timur Laut di Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Ampang, Kuala Lumpur pada Khamis.

Dalam sesi taklimat tersebut, baginda menitahkan Kementerian Alam Sekitar dan Air (Kasa) agar memperkukuhkan kesediaan terhadap amaran banjir kepada rakyat.

Perkara tersebut disampaikan oleh Menteri Alam Sekitar dan Air (Kasa), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika ditemui di PRABN.

Katanya, Yang di-Pertuan Agong mahu perkara itu diberi perhatian agar dapat melancarkan urusan membantu mangsa banjir.

"Perkara yang diberi perhatian ialah apabila berlaku bencana amaran dapat dikeluarkan lebih awal. Melihat kepada perkara itu, Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) juga sudah melakukan menambahbaikan terhadap siren amaran agar dapat membuat persiapan awal.

KUALA LUMPUR, 6 Okt -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat tiba ke Istana Negara hari ini.-- fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hadir ke Taklimat Monsun Timur Laut di PRABN.

"Dapat juga kerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan pihak yang bertanggungjawab bagi menguruskan perkara ini," jelasnya.

Tuan Ibrahim turut memberitahu sesi taklimat tersebut melibatkan data dan kajian Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkaitan Monsun Timur Laut yang akan berlaku pada November depan sehingga Mac 2023.

"Yang di-Pertuan Agong berpuas hati dengan taklimat yang disampaikan berkaitan pengurusan bencana banjir.

"Kami mengumpul semua rekod yang boleh digunakan supaya maklumat tersebut dapat disampikan kepada orang awam.

"Bukan sahaja mengenai maklumat banjir, tetapi kami turut mempersembhkan kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai persiapan dan langkah keselamatan yang akan diambil jika berdepan dengan bencana banjir," katanya.

Sebelum ini JPS menaik taraf sebanyak 300 di kawasan di bebarapa buah kawasan agar dapat menghasilkan bunyi yang lebih kuat dan mampu bertahan lebih lama. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram