Budak 2 tahun maut jatuh kerusi di Johor


  • 112
  • Rabu, 05 Okt 2022

Kejadian berlaku di sebuah restoran di Taman Sutera, Johor kira-kira pukul 2 petang pada Selasa.

BUDAK berusia dua tahun maun selepas terjatuh dari kerusi bayi pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Fariz Ammar Abdullah berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada pukul 3 petang di sebuah restoran Taman Sutera, Johor.

"Mangsa dibawa oleh ibu dan ayahnya ke sebuah restoran dan mangsa diletakkan di dalam sebuah kerusi bayi. Semasa sedang makan, mangsa bertindak di luar kawalan dengan menolak meja menggunakan kaki.

"Kerusi bayi yang didudukinya telah terjatuh dan kepala mangsa terhentak di lantai. Mangsa kemudiannya menangis dengan begitu kuat. Bapa mangsa bertindak membawanya ke sebuah klinik swasta.

"Namun doktor di klinik tersebut meminta agar mangsa dibawa ke hospital memandangkan kecederaannya agak serius," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Katanya, mangsa telah dibawa ke sebuah hospital swasta di Iskandar Puteri, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

"Bedah siasat akan dibuat terhadap mayat mangsa di Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi mengetahui punca kematian.

"Sehingga kini tiada sebarang unsur jenayah yang ditemui dalam kejadian ini dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). Siasatan kes masih diteruskan," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram