SEORANG remaja ditemukan lemas selepas terjatuh ketika mengambil bola dalam kejadian di kunci air berhampiran Jalan Bukit Lanchong, Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam, Selangor pada Jumaat.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima makluman berkaitan kehilangan mangsa yang berumur 13 tahun itu pada pukul 4.56 petang, Khamis.
"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada pukul 5.29 petang.
"Kejadian melibatkan seorang remaja lelaki dipercayai terjatuh dalam kunci air ketika cuba mengambil bola dan dibawa arus," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. — Ihsan bomba
Katanya, pencarian yang dijalankan melibatkan kawasan terakhir mangsa dilihat.
"Pencarian yang memasuki hari kedua menggunakan dua buah bot di sekitar lokasi kejadian.
"Mayat mangsa kemudiannya ditemui terapung pada pukul 8.21 pagi, kira-kira dua kilometer dari tempat mangsa dipercayai terjatuh," katanya.
Menurutnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram