Ejen kosmetik mangsa culik di Tumpat diselamatkan di Thailand


  • 112
  • Jumaat, 30 Sep 2022

Rosnazirah dilarikan tiga lelaki dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios, dari kediamannya di Tumpat pada 13 September lalu. — Facebook

EJEN jualan produk kosmetik wanita, Rosnazirah Mohd Naim, 36, yang diculik sekumpulan lelaki dari kediamannya di Tumpat, Kelantan pada 13 September lalu berjaya diselamatkan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, lokasi kedudukan mangsa berjaya dikesan hasil bantuan pihak berkuasa Thailand.

"Melalui kerjasama erat ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Diraja Thailand serta perkongsian maklumat dan perisikan berjaya mengenal pasti lokasi keberadaan wanita itu di Thailand.

"Mangsa kemudiannya berjaya ditemui dan diselamatkan sebelum dibawa pulang ke tanah air hari ini (Khamis).

"Seramai tujuh lelaki tempatan ditahan di sekitar Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur.

Inspector-General of Police Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani. – AZMAN GHANI/The Star

Acryl Sani berkata, lokasi kedudukan mangsa berjaya dikesan hasil bantuan pihak berkuasa Thailand.

"Sebuah kenderaan yang digunakan untuk melarikan mangsa dari kediamannya turut dirampas," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

PDRM menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Polis Diraja Thailand dan Kedutaan Besar Malaysia di Thailand atas kerjasama dan bantuan dalam usaha yang dilaksanakan bagi membantu menyelamatkan mangsa.

Terdahulu, mangsa dilaporkan diculik pada 13 September lalu dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios dan terdapat penduduk mendakwa melihat mangsa menaiki bot ke Thailand.

Penculikan mangsa dipercayai ada kaitan dengan sindiket dadah dan susulan itu polis menahan tiga individu termasuk suami mangsa dan seorang wanita berusia antara 35 hingga 47 tahun bagi membantu siasatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram