Ibu bapa, penjaga lapor kes culik di 2 sekolah di Gombak


  • 112
  • Rabu, 28 Sep 2022

Polis mengesahkan mereka menerima dua laporan membabitkan dakwaan culik di Gombak.

POLIS Gombak, Kuala Lumpur mengesahkan pihaknya menerima dua laporan berkaitan dakwaan cubaan culik di daerah tersebut.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, laporan tersebut diterima daripada ibu bapa serta penjaga murid melibatkan dua sekolah berbeza di Gombak.

"Kita masih menjalankan siasatan terperinci bagi mengesahkan kesahihan kejadian yang didakwa pengadu sebagai cubaan culik.

"Oang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita yang tidak sahih dan boleh menggugat ketenteraman awam," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Noor Ariffin berkata, pihaknya prihatian terhadap satu surat yang tular daripada Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Taman Samudra, Batu Caves kepada Ibu Bapa/Penjaga murid sekolah berkenaan pada Selasa.

"Hasil siasatan awal mendapati surat berkenaan dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Taman Samudra Batu Caves kepada ibu bapa dan penjaga murid sekolah berkenaan.

"Pihak sekolah mengesahkan tiada sebarang kejadian culik berlaku di sekolah tersebut," ujarnya," jelasnya.

Beliau berkata, surat tersebut merupakan inisiatif sekolah sebagai peringatan dan kaedah pendekatan yang perlu diambil oleh ibu bapa bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram