Orang awam jumpa bayi perempuan dalam beg di Bukit Jalil


  • 112
  • Selasa, 27 Sep 2022

Orang awam menemui bayi perempuan yang ditinggalkan di dalam beg dan diletakkan di kawasan kedai makan di Bukit Jalil, pada Ahad. — Sinar Harian

SEORANG bayi perempuan yang cukup sifat ditinggalkan di dalam sebuah beg di kawasan kedai makan di Pangsapuri Sri Rakyat, Bandar Baru Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Polis Zam Halim Jamaluddin berkata, bayi berusia kira-kira dua bulan itu ditemukan orang awam pada pukul 10.49 pagi sebelum menghubungi talian Mers999.

Menurutnya pasukan perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang membuat pemeriksaan mengesahkan bayi berkenaan berada dalam keadaan sihat.

"Siasatan lanjut sedang dibuat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di talian 013-2165881 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/585. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram