Rumah mewah 'gated, guarded' jadi markas suami isteri sorok ganja, syabu di JB


  • 112
  • Isnin, 26 Sep 2022

Kamarul Zaman (tengah) menunjukkan hasil rampasan dadah pada sidang media di IPK Johor pada Isnin. — Astro Awani

SEPASANG suami antara lima yang ditahan dipercayai terlibat sindiket pembekalan dadah di Johor yang dipercayai sudah beroperasi sejak Mac lalu.

Kesemua suspek ditahan dalam empat serbuan berasingan di Iskandar Puteri dan Johor Bahru, Johor pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, lima sekawan itu menggunakan modus operandi beroperasi di rumah mewah gated dan guarded.

Beliau berkata, kesemua suspek berusia 22 hingga 32 tahun itu ditahan bersama 21.1 kilogram ganja dan 784 gram syabu bernilai lebih RM67,000.

Sindiket itu dipercayai menyimpan dan menjual dadah kepada pengedar kecil-kecilan di negeri ini, sebelum bahan terlarang itu dijual kepada penagih.

41664166138_freesize

Antara suspek yang ditahan polis Johor. — Astro Awani

Dianggarkan seketul ganja yang dianggarkan seberat 1 kilogram berharga RM2,500.

"Menggunakan rumah itu sebagai tersebut sebagai stor dan kadang-kadang dia repack, kalau kita lihat pada ini, dia simpan dan mungkin dia akan jual kepada pembeli, kita akan siasat. Biasanya dadah ini dari negara jiran," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Johor Bahru pada Isnin.

Turut dirampas barangan kemas bernilai hampir RM40,000, tiga kereta dan dua motosikal dengan nilai keseluruhan sitaan RM188,000.

Hasil saringan air kencing mendapati tiga daripada suspek positif dadah jenis methapethamine dan ketamin, serta mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Kesemua suspek direman selama enam hari bermula Sabtu lalu sehingga 30 September depan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. — Astro Awani

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram