[VIDEO] Tak puas hati jiran potong rumput depan rumah, lelaki berlumuran darah selepas 'perang mulut'


  • Tular
  • Khamis, 22 Sep 2022

Pergaduhan tercetus selepas seorang lelaki tidak berpuas hati dan dipercayai menyerang jiran di sebelah rumahnya.

KEMAKMURAN sesebuah negara amat bergantung kepada keutuhan hubungan setiap lapisan masyarakat tanpa mengira umur, jantina, bangsa, agama dan budaya.

Malahan, hubungan erat antara jiran juga dapat melahirkan ciri-ciri masyarakat yang berkualiti.

Lain pula jadinya apabila tular sebuah video memaparkan pertengkaran mulut dua individu, lelaki dan wanita yang juga jiran akibat tidak berpuas hati kerana salah seorang daripada anak mereka memotong rumput di hadapan rumah.

Video yang dimuat naik oleh laman Facebook Kongsi Segala Info, memperlihatkan keadaan salah seorang lelaki berlumuran darah akibat mengalami kecederaan.

Menerusi video tersebut pergaduhan tercetus selepas seorang lelaki tidak berpuas hati dan dipercayai menyerang wanita yang tinggal di sebelah rumahnya.

Tindakan lelaki berkenaan mengakibatkan anak kepada jirannya itu tidak puas hati dan masuk campur dengan menyerang kembali lelaki terbabit.

Berdasarkan loghat mereka dalam video yang tular itu, kejadian itu dipercayai berlaku di bahagian utara negara.

Tinjaun Majoriti di ruangan komen mendapati rata-rata orang ramai menegur perbuatan mereka dan memberi nasihat supaya hidup aman damai dan harmoni.

"Perkara ini biasa kalau duduk kawasan taman perumahan, kalau tak nak pening-pening pergi duduk kawasan kampung atau dalam hutan jauh dari rumah jiran," kata Suhaimi Saad.

"Macam dah simpan dendam lama, kalau ya pun tak puas hati jangan sampai bergaduh macam ini," jelas Mutasim Billah.

"Susah juga kalau dapat jiran yang tak boleh bertolak ansur ini, tapi janganlah pukul orang itu sampai berdarah nanti kalau mati jadi hal lain pula," ujar Noor Afiqah.

Belum ada sebarang kenyataan pihak berkuasa berhubung kes itu setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram