Tangki ikan, jaket penyelamat 2 nelayan, 9 lagi masih hilang tragedi bot karam di Mukah


  • 112
  • Khamis, 22 Sep 2022

Bot bernombor SF 2-2837 bersama 11 orang termasuk seorang tekong, dua anak kapal dan lapan nelayan meninggalkan Jeti Penakub pada 19 September lepas.

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyelamatkan dua nelayan selepas bot mereka karam di perairan berhampiran Mukah, Sarawak pada malam Selasa (20 September).

Bagaimanapun, menurut laporan APMM, sembilan lagi mangsa masih hilang.

APMM berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira pukul 8.30 malam.

"Pusat Penyelarasan Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) menerima laporan daripada bot 'Capela' memaklumkan dua lelaki ditemui hanyut di perairan Mukah kira-kira pukul 5.30 petang," kata laporan itu.

Berdasarkan maklumat awal daripada mangsa yang terselamat, bot bernombor SF 2-2837 bersama 11 orang termasuk seorang tekong, dua anak kapal dan lapan nelayan meninggalkan Jeti Penakub pada 19 September lepas.

“Setakat ini hanya dua mangsa ditemui selamat, seorang daripada mereka memakai jaket keselamatan manakala seorang lagi berpaut pada tangki ikan.

“Sebelum kejadian bot berkenaan menuju ke Pelabuhan Kuching dari Pelabuhan Bintulu,” jelasnya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

nelayan hilang, apmm, mukah, sarawak,