Pelajar IPT ditahan di Seremban, miliki sejumlah besar video porno kanak-kanak


  • 112
  • Khamis, 22 Sep 2022

Suspek ditahan polis dengan kerjasama FBI.

MENGGUNAKAN media sosial untuk berkomunikasi sebelum menjerat mangsa (kanak-kanak) dan melakukan ugutan untuk mendapatkan bahan berunsur seksual (sextortion).

Itu yang dilakukkan seorang pelajar institusi pengajian tinggi selepas didapati memiliki sejumlah besar bahan pornografi kanak-kanak di dalam komputer riba dan telefon bimbit miliknya.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Hajah Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, penahanan suspek yang berusia 24 tahun itu adalah hasil kerjasama dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat.

"Suspek ditahan di Seremban, Negeri Sembilan pada 19 September lalu dan pemeriksaan lanjut menemukan bahan pornografi kanak-kanak bersamanya.

"Hasil siasatan mendapati suspek telah menggunakan apliasi media sosial untuk berkomunikasi dan memerangkap mangsa sebelum melakukan ugutan bagi mendapatkan bahan berunsur seksual (sextortion).

"Kesemua mangsa terdiri daripada kanak-kanak di luar negara," katanya dalam satu kenyatan pada Khamis.

Tambahnya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban untuk dituduh pada 22 September depan di bawah Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram