'Tak tahu siapa yang salah', penunggang motosikal nyaris digilis kereta


  • Tular
  • Selasa, 20 Sep 2022

Tangkap layar penunggang motosikal tersebut terjatuh dan berpusing berulang kali dan nyaris-nyaris digilis sebuah kenderaan.

SEORANG penunggang motosikal nyaris maut apabila terlibat dalam satu kemalangan dipercayai berlaku di jalan pintasan Kajang-Dengkil, Selangor pada Isnin.

Menerusi video rakaman dashcam yang dikongsikan oleh berdurasi seminit itu menunjukkan, penunggang motosikal berkenaan dilihat menunggang dalam keadaan yang laju sebelum melanggar belakang kereta jenis Proton Persona sebuah kenderaan.

Kelihatan penunggang motosikal tersebut terjatuh dan berpusing berulang kali dan nyaris-nyaris digilis sebuah kenderaan yang merakam kejadian terbabit.

Selepas kejadian, pengguna jalan raya lain memberhentikan kenderaan untuk membantu mangsa.

Tidak dapat dipastikan siapa yang salah dalam kemalangan tersebut.

Di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial timbul perasaan marah akan tindakan penunggang motosikal yang melanggar belakang kenderaan tersebut walaupun kereta itu memandu dengan perlahan.

"Kereta itu bawa perlahan sahaja, macam mana motosikal itu boleh langgar dia dari belakang," kata Mohd Hazim.

"Tak tahu siapa yang salah, kalau tengok video macam penunggang itu yang salah sebab langgar dari belakang," jelas Nur Alisya.

"Kalau cakap penunggang itu tengah pening takut salah, tapi kalau ikutkan video itu macam itulah," ujar Fakhrul Aiman.

Belum ada sebarang kenyataan pihak berkuasa berhubung kejadian itu setakat ini.

Majoriti sedang berusaha mendapatkan mangsa untuk mengulas lanjut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram