Masalah cinta punca 2 wanita bergaduh di stesen kereta api


  • Benua
  • Selasa, 20 Sep 2022

Tangkap layar pergaduhan membabitkan dua pekerja itu.

RAKAMAN tular dua pekerja wanita Indonesia bergaduh yang dipercayai berlaku di salah sebuah stesen kereta api, Hong Kong difahamkan berpunca akibat masalah percintaan.

Video tersebut menjadi tular selepas dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Dede Cinta Nya Riyan pada Ahad.

Rakaman kejadian berkenaan.

Rakaman itu menunjukkan dua wanita terbabit bertindak menarik rambut satu sama lain dan kelakukan mereka itu rata-ratanya disaksikan oleh orang awam yang berada di stesen berkenaan.

Ketika pergaduhan itu semakin rancak, kelihatan seorang wanita berambut pendek cuba meleraikan keduanya.

Namun, rambut perempuan berkenaan turut ditarik oleh dua wanita yang sedang bergaduh.

Selepas keadaan bertambah kecoh dengan kedua-dua mereka enggan mengalah, seorang lelaki tampil cuba meleraikan pergaduhan mereka.

Mereka bertiga akhirnya dipisahkan oleh lelaki itu.

Video itu secara serta-merta mendapat banyak komen daripada netizen dengan majoritinya berpendapat bahawa kejadian itu sangat memalukan kaum Hawa dan masyarakat Indonesia.

Bagaimanapun, kronologi sebenar kejadian itu masih belum diketahui.

Namun disyaki pergaduhan itu berlaku kerana masalah cinta yang masih belum selesai. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram