SEORANG pemandu treler maut selepas kenderaan yang dipandunya itu terbabas ke bahu jalan di Kilometer 257 arah utara, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Terowong Menora, Perak pada Isnin.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak berkata, maklumat mengenai kejadian itu diterima pada kira-kira pukul 5.40 pagi dan mangsa dikenal pasti sebagai Budi Abd Rahman, 52 tahun.
"Mangsa tercampak keluar dari lori yang membawa muatan sampah itu sebelum tersepit di pembahagi jalan dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katannya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Menurutnya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar dan Meru Raya itu diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Ahmad Shauki Che Darus.
Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada pukul 7.38 pagi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram