Kes amang seksual pendakwah selebriti dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya


  • 112
  • Ahad, 18 Sep 2022

Kertas siasatan melibatkan pendakwah selebriti sudah dirujuk kepada

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sebanyak enam kertas siasatan kes amang seksual melibatkan pendakwak selebriti sudah dirujuk kepada timbalan pendakwa raya pada Rabu lalu.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin memberitahu, empat kertas siasatan di Selangor manakala dua kertas siasatan di Negeri Sembilan.

Katanya, terdapat satu kertas siasatan di Kuala Lumpur masih dalam tindakan lanjut.

"Setakat ini sebanyak tujuh laporan polis dibuat terhadap pendakwah selebriti berkenaan. Suspek kini telah dibebaskan dengan jamin polis.

"Kesemuanya dengan cadangan agar suspek dituduh di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak Kanak (AKSTK)," jelasnya dalam kenyataan pada Ahad.

Untuk rekod, pada 10 September lalu, seorang penceramah bebas ditahan polis bagi membantu siasatan kes melakukan amang seksual fizikal terhadap beberapa remaja lelaki bawah umur, dipercayai selepas berkenalan dengan mangsa melalui program motivasi di sekolah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed dilapor, pihaknya menerima empat laporan iaitu dua di Klang Selatan, serta masing-masing satu di Shah Alam dan Kajang berhubung kejadian itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram