SEORANG pegawai kerajaan ditahan pihak polis kerana bertindak biadab, apabila menendang seorang penunggang motosikal wanita warga emas sehingga terjatuh ke atas tanah.
Suspek yang dikenali sebagai Andi Adi itu bertugas di Kabupaten Sinjai, dekat Sulawesi Selatan, Indonesia.
Rakaman pegawai berkenaan menendang wanita itu.
Menerusi sebuah video tular, motosikal biru milik mangsa terjatuh selepas terlanggar kereta hitam milik suspek, di sebuah kolam renang HM Tahir, di Jalan Bhayangkara, dekat Kecamatan Sinjai Utara, Kabupaten Sinjai sekitar pukul 1 petang Selasa.
Mangsa kemudian dilihat meronta-ronta meminta orang ramai untuk membantunya.
Sebaik mangsa diselamatkan dan motosikal ditegakkan, suspek yang masih berang selepas keretanya dilanggar secara tiba-tiba menendang motosikal wanita tua itu.
Mangsa yang terkejut dengan kejadian itu terjatuh semula bersama motosikalnya.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Sinjai, Asisten Komisioner Syahruddin yang mengesahkan perkara itu kepada wartawan berkata, suspek sudah ditahan di kediamannya.
Berdasarkan maklumat yang dikumpul, suspek juga merupakan bekas ketua kampung Biringere.— Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram