SEORANG lelaki maut selepas terperosok ke bawah kereta ketika cuba menahan kenderaan itu dari masuk ke laut dalam satu kejadian di Teluk Senangin dekat Lumut, Ipoh, Perak, pada malam Khamis.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, mangsa dikenali Muhammad Hafiz Ramli, 31, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat lemas.
"Kami menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 11.35 malam.
"Mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam dan dibawa naik ke tepi pantai sebelum anggota bomba sampai ke lokasi.
"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Kenyataan itu berkata, operasi anggota kemudiannya membuat size-up di lokasi bagi memastikan tiada bahaya lain wujud.
"Pemeriksaan dalam kereta juga dilakukan selain mencabut kabel bekalan kuasa bateri kenderaan bagi mengurangkan risiko kejadian lain berlaku," katanya.
Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 1.45 pagi, Jumaat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram