HUJAN lebat yang melanda Kampung Sri Gading, Batu Pahat, Johor mengakibatkan tiga keluarga terperangkap ekoran banjir kilat pada Rabu.
Namun, kesemua keluarga yang terperangkap itu berjaya diselamatkan kira-kira pukul 3.57 pagi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Shahrul Nizam Sadri berkata, lapan anggota digegaskan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.
Katanya, kejadian berlaku berikutan hujan lebat yang menyebabkan air naik dan tidak dapat mengalir ke sungai.
"Lapan penduduk terjejas kemudiannya diselamatkan bomba. Selain Kampung Sri Gading yang terjejas, tiga lokasi lain terjejas ialah Kampung Sengkuang, Kampung Baru Sri Gading dan Pekan Sri Gading.
"Hujan lebat yang berterusan dan berlaku fenomena air pasang setinggi 0.6 meter yang menyebabkan air tidak dapat keluar cepat ke Sungai Simpang Kanan.
"Bagaimanapun, situasi air pasang di lokasi kejadian mula beransur pulih," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Menurut Shahrul Nizam, mangsa yang terjejas banjir telah dipindahkan oleh ahli keluarga terdekat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram