Van Dijk tempelak legenda Man United lepas benam Ajax, asyik sibuk kecam bintang Liverpool


  • Podium
  • Rabu, 14 Sep 2022

Pemain Liverpool meraikan kemenangan mereka ke atas Ajax dalam aksi Liga Juara-Juara awal pagi tadi. — Agensi

BINTANG Liverpool, Virgil Van Dijk mengakui kecewa dengan legenda Manchester United, Rio Ferdinand yang terus melemparkan kritikan walaupun pasukan itu menang ke atas Ajax 2-1 dalam aksi Liga Juara-Juara di Anfield, awal pagi Rabu.

Van Djik berkata, apa yang dilakukan Ferdinand hanyalah bertujuan untuk menjatuhkan moral pemain Liverpool.

3453268-70450528-2560-1440

Van Dijk berasakan kritikan terhadap Liverpool seakan mahu menjatuhkan moral pemain. — Agensi

"Kembali beraksi selepas tewas dengan Napoli, 0-4, amat penting untuk kita mendapatkan reaksi yang positif untuk pasukan.

"Laluan kita sudah betul cuma perlu lakukan sedikit penambah baikan. Kemenangan di peringkat antarabangsa sebenarnya amat penting untuk kami.

"Kita tahu mahu dengar apa orang luar kata. Ramai bekas pemain yang tahu apa kami lalui tapi beri pelbagai kritikan untuk menjatuhkan kami. Kami akui, perlawanan sebelum ini memang teruk dan kemenangan dengan Ajax membuktikan laluan kami betul," katanya.

Sementara itu, Ferdinand berkata, pemain Liverpool harus mengakui kelemahan mereka kerana kalah dengan Napoli.

virgil-van-dijk

Ferdinand (kanan) merasakan kritikannya terhadap Liverpool adalah sesuatu yang wajar. — Agensi

"Jika saya fikir kritikan itu salah atau berbaur peribadi, saya akan mempersoalkannya. Tetapi jika saya rasa kritikan itu betul, maka saya akan akui kesilapan.

"Sama seperti perlawanan menentang Napoli, persembahan Liverpool sangat teruk dipamerkan dan layak dikritik.

"Tetapi, kami tidak mengatakan yang pasukan itu teruk sejak dulu. Kami cuma katakan yang aksi mereka pada perlawanan itu yang teruk," tegas Ferdinand mempertahankan diri.

Terdahulu, selepas tewas dengan Napoli minggu lepas, Liverpool kembali menang 2-1 ke atas Ajax dalam perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara menerusi jaringan Mohamed Salah dan Joel Matip sementara gol saguhati pelawat pula dijaringkan oleh Mohammed Kudus.

Pada masa sama, gol cantik Kudus terhadap Liverpool dalam perlawanan itu juga membangkitkan spekulasi dia bakal dibeli Jurgen Klopp selepas ini seperti mana yang pernah dilakukan beliau sebelum ini ekoran prestasi hambar Darwin Nunez yang sekadar tampil sebagai pemain gantian awal pagi Rabu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram