Penunggang motosikal melambung dirempuh Vios langgar lampu merah


  • Tular
  • Jumaat, 09 Sep 2022

Mangsa dilanggar dengan laju oleh kereta terbabit sebelum salah seorang daripada penunggang motosikal itu melambung.

PADAH melanggar lampu isyarat merah!

Dua penunggang motosikal dirempuh kereta di persimpangan lampu isyarat berdekatan Pasar Raya Bataras, Kota Kinabalu, Sabah.

Video rakaman dashcam pemandu berdurasi 25 saat itu menunjukkan, pemandu Toyota Vios berkenaan muncul dari bahagian kiri dan terus memecut laju walaupun lampu isyarat bertukar merah.

Menerusi video tersebut, mangsa dilanggar dengan laju kereta terbabit sebelum salah seorang daripada penunggang motosikal itu melambung jauh.

Difahamkan kejadian berlaku kira-kira pukul 8 pagi pada Khamis.

Di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial timbul perasaan marah akan tindakan pemandu yang melanggar lampu merah sehingga melibatkan orang lain menjadi mangsa.

"Gila ke lampu dah bertukar merah nak pecut laju, padahal kereta dekat depan dia dah mula berhenti," kata Shamsyudin Othman.

"Dua orang sekali gus dia langgar, masalahnya penunggang itu melambung jauh, semoga mangsa tidak berlaku sebarang kecederaan kritikal," jelas Danish Haziq.

"Pemandu macam ini tak boleh bagi muka, pihak JPJ atau polis kena saman dan tangkap sahaja orang macam ini," luah Batrisya Iris.

Tiada sebarang kenyataan pihak berkuasa berhubung kes itu setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram