Penculik tuntut tebusan RM6,000, pemilik Snow tak puas hati polis nasihat 'abaikan, cari kucing baharu'


  • Primer
  • Isnin, 05 Sep 2022

Penculik minta RM6,000 sebagai wang tebusan kepada pemilik kucing yang bernama Snow.

PERSATUAN Haiwan Malaysia meluahkan rasa kesal terhadap tindakan pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) yang dianggap mengamalkan sikap sambil lewa terhadap kes penculikan dan ugutan wang tebusan ke atas seekor kucing.

Kejadian yang berlaku di kawasan perumahan Taman Kwan Ming, Kuching, Sarawak mula disedari oleh pemilik sekitar pukul 11 pagi pada 1 September lalu.

Menurut Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika, sebaik menyedari kehilangan kucing peliharaanya, pemillik mula membuat pencarian dan menguar-uarkan berita tersebut ke media sosial sebelum menerima kiriman mesej menerusi aplikasi WhatsApp pada 3 September.

Mesej tersebut dikirim daripada penculik yang menghantar gambar dan video kucing miliknya yang hilang termasuk menuntut bayaran wang tebusan sebanyak RM6,000.

Untitled design (3)

Tangkap layar mesej penculik dan poster kucing pemilik tentang haiwan peliharaannya.

Penculik turut mengugut pemilik agar membayar wang tersebut ke akaun bank Hong Leong Bank Berhad atas nama XXX Chew Swee dengan nombor akaun 0595034XXXX.

Bagaimanapun pemilik kucing malang bernama Snow tidak memiliki wang yang cukup untuk membayar nilai tebusan melainkan menawarkan RM200 sebagai saguhati.

“Satu laporan polis dibuat pada hari berikutnya di Balai Polis Sekama Kuching Sarawak dan pegawai penyiasat bertugas menasihatkan supaya pemilik tidak perlu bersusah payah menebus kucing yang diculik dan berjanji akan mendapatkan kucing baharu kepada pemilik.

Untitled design (4)

Tangkap layar perkongsian Persatuan Haiwan Malaysia mengenai kucing yang dilaporkan diculik oleh individu tidak bertanggungjawab.

“Alasan kesukaran siasatan juga diberikan memandangkan pihak bank hanya boleh memberi info pemilik akaun selepas tiga bulan dari tarikh siasatan,” tulis pertubuhan itu di Facebook.

Pemilik turut membuat aduan kepada pihak Suruhanjaga Komunikasi dan Multimedia (MCMC) namun mendapat maklum balas yang mengecewakan apabila pihak MCMC hanya boleh berurusan dengan pegawai penyiasat.

“Ini merupakan kes jenayah penculikan melibatkan kucing dan tebusan ribuan ringgit pertama di Malaysia. Animal Malaysia melahirkan rasa bimbang jika jenayah penculikan haiwan bakal berleluasa sekiranya jika tiada tindakan tegas diambil pihak berkuasa.

“Bemula daripada penculikan dan ugutan tebusan terhadap kucing, Ia juga merupakan jenayah berat yang boleh menular kepada kanak-kanak dan orang dewasa jika tidak segera dicantas,” jelasnya lagi. —Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram