‘Astagfirullah mazhab mana ni?’ Ramai mengucap panjang bayi kena lambung ‘orang kuat’ masjid


  • Tular
  • Isnin, 29 Ogos 2022

Lelaki terbabit yang berada di dalam masjid sedang memegang bayi lalu dilambung-lambungkan dan jemaah lain hanya memerhatikan perbuatannya itu.

TULAR sebuah video memaparkan aksi seorang lelaki di dalam masjid yang menimbulkan rasa panik orang ramai serta tertanya-tanya apakah motif sebenar tindakan individu tersebut.

Berdasarkan video tersebut, lelaki terbabit yang berada di dalam masjid sedang memegang bayi lalu dilambung-lambungkan dan jemaah lain hanya memerhatikan perbuatannya itu.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Faris Bin Hassan Gadneh di Facebook, dipercayai upacara tersebut dilakukan agar bayi berkenaan menjadi wali apabila sudah dewasa nanti.

Lelaki yang lengkap berpakaian solat dan berkopiah dilihat melambung-lambungkan bayi tersebut untuk beberapa kali sambil berjalan mengelilingi ruangan masjid.

Bukan itu saja, dia turut membaca sebaris ayat sebelum disahut ‘Amin’ oleh jemaah-jemaah yang turut berada di situ.

Di ruangan komen, rata-rata orang ramai menyifatkan perbuataan lelaki berkenaan menyimpang dari ajaran Islam dan ia seperti mendahulukan adat berbanding agama.

"Allahuakbar! terkejut saya, boleh ke kalau tak lambung, takut saya tengok macam lambung anak kucing," kata Nora Hashim.

"Mazhab mana ini? Bahaya itu, nampak muka bayi itu pun masih merah," ujar Shasya Abd.

"Pelik-pelik sahaja buat macam itu, tak tahu ke bayi itu tulang dia masih lembut," jelas Syabil Fikri.

"Ini kalau terjatuh yang sakit dan merana bayi itu sendiri, bukan orang lain. Ini lebih kepada adat berbanding ilmu agama itu sendiri," luah Zul Yahya.

Ada juga berpendapat dengan melambung bayi kecil seperti itu membahayakan kerana ia sepatutnya dilakukan oleh doktor profesional sahaja, selain menggesa supaya ia disiasat polis dan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Belum ada sebarang kenyataan pihak berkuasa berhubung kes itu setakat ini.

Dipercayai, kejadian itu berlaku di negara jiran, Indonesia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Lambung Bayi, Masjid, Wali, Jemaah Masjid, Tular