Nama Najib tiada dalam data penjara, Hamzah enggan ulas


  • Primer
  • Khamis, 01 Sep 2022

Hamzah enggan mengulas mengenai persoalan yang ditimbulkan oleh warga maya berhubung ketiadaan nama Najib dalam data penjara. — Sinar Harian

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, terpaksa meringkuk di dalam penjara selepas gagal dalam rayuan akhirnya di Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos lalu.

Najib gagal mengetepikan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Dalam pada itu, tular di media sosial apabila beberapa hantaran yang dimuat naik pengguna Twitter menyatakan nama Najib tiada dalam pangkalan data Jabatan Penjara Malaysia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, enggan mengulas mengenai persoalan yang ditimbulkan oleh warga maya kononnya nama Najib yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun tiada dalam pangkalan data Jabatan Penjara.

"Sebelum ini ada tahu ke pangkalan data? Kalau tidak tahu, macam mana ada dakwaan?

"Kalau bab dakwaan atau surat layang, usah dengar," katanya menerusi sidang akhbar Program Visa Premium (PVIP) Malaysia, di kementeriannya pada Khamis.Sinar Harian

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram