Bukan pemain tapi penonton yang 'katok' pengadil


  • Tular
  • Selasa, 30 Ogos 2022

Kelihatan seorang pengadil sedang berlari sambil dikejar oleh beberapa individu dalam padang.

SUKAN bukan hanya untuk tontonan dan hiburan tetapi ia juga adalah ejen perpaduan dalam menyatukan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

Tular sebuah video di padang bola sepak apabila sekumpulan penyokong dipercayai tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan pengadil perlawanan.

Berdasarkan video berdurasi 39 saat, kelihatan seorang pengadil sedang berlari sambil dikejar oleh beberapa individu dan ada juga yang sempat melepaskan satu tendangan dari arah belakang pengadil tersebut.

Dalam pada itu, di luar kawasan padang pula kedengaran penonton sedang bersorak sambil memerhatikan gelagat pengadil yang dikejar orang ramai itu.

Difahamkan kejadian berlaku di Kelantan namun lokasi sebenar insiden tersebut tidak dapat dipastikan.

"Kalau yang kejar pengadil itu pemain logik juga, ini yang tak boleh tahan penonton yang sibuk-sibuk nak pergi pukul orang itu," kata Mohd Syafiq.

"Main bola kalau koyak lebih baik duduk rumah jangan bersukan langsung," jelas Wan Zaharul.

"Ini kalau mati kena pukul tak pasal-pasal jadi kes jenayah, kalau tak boleh terima keputusan pengadil jangan main bola," luah Siti Saffiya.

Belum ada sebarang kenyataan pihak berkuasa berhubung kes itu setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram