DUA maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta di Jalan Ulu Oya, kira-kira 13 kilometer dari pusat bandar Sibu, Sarawak awal pagi Sabtu.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memaklumkan, satu pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu digerakkan ke lokasi kejadian pada 2.15 pagi Sabtu.
Menurutnya, dalam kenderaan pertama seorang lelaki dan seorang wanita yang merupakan penumpang di bahagian belakang maut, manakala seorang pemandu lelaki cedera parah.
"Seorang penumpang wanita yang duduk di kerusi penumpang depan berjaya keluar dari kereta sebelum pasukan bomba tiba.
"Mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sibu,” katanya.
Beliau berkata, pemandu sebuah lagi kenderaan terlibat tidak mengalami kecederaan. — Bernama
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram