Telefon bimbit dicuri ketika leka 'live' di Instagram, niat wanita biaya ibu sakit tenat tak kesampaian


  • Berita
  • Rabu, 24 Ogos 2022

Tangkap layar menunjukkan seorang pencuri melarikan telefon pintar ketika mangsa.

TULAR satu video kecurian telefon pintar ketika dua wanita sedang melakukan siaran langsung di aplikasi Instagram.

Kejadian itu disyaki berlaku di kedai kopi di Jalan Bali Matraman di Manggarai Selatan, Jakarta.

Dalam video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang memerhati dari belakang bertindak merampas telefon pintar mangsa yang ada di atas meja lalu melarikan diri.

Menurut mangsa yang hanya dikenali dengan pangkal nama 'E' sedang makan bersama rakannya di warung tersebut.

"Saya tidak mencurigai kehadiran lelaki terbabit kerana sebelum itu dia memesan Indomie.

"Ingatkan nak bayar mee, rupanya mencuri," katanya.

Mangsa juga sempat mengejar suspek dengan menaiki motosikal tetapi gagal kerana diugut menggunakan senjata tajam.

Lebih menyedihkan lagi, mangsa berhasrat menjual telefon pintar itu bagi membiayai kos hospital ibunya yang terlantar sakit.

"Ibu saya sakit tenat di hospital dan paru-parunya berair," katanya lagi. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Telefon Pintar, Indomie, Benua, Tular, Pencuri, Hospital,