TULAR satu video sejak Isnin mendakwa seorang gadis orang asli berasal dari Bukit Ibam Muadzam Shah, Pahang dirogol dan dibunuh.
Video yang dimuat naik seorang lelaki melalui aplikasi TikTok ramad5400 menunjukkan mayat mangsa ditemui di kawasan semak samun.
Invididu tersebut turut mendakwa mangsa adalah adik saudara kepadanya.
"Sungguh kejam sekali, selepas rogol bunuh pula," tulisnya.
Menurut abang saudaranya itu, mangsa didakwa dirogol sebelum dibunuh oleh sekumpulan lelaki yang juga merupakan kaum orang asli di kampung tersebut.
Kejadian berlaku ketika mangsa mangsa berjumpa dengan suspek berdekatan tidak jauh dari rumah mangsa.
"Kejadian terjadi waktu mereka lepak tidak jauh dari rumah tetapi tidak tak tahu macam mana dia boleh bunuh juga," katanya.
Dalam video tersebut menunjukkan orang ramai berkumpul di kawasan mangsa dipercayai ditemui.
Turut tular, satu lagi video yang menunjukkan gambar mangsa dan tempat mangsa ditemui oleh pihak polis.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersimpati dengan nasib mangsa.
"Semoga dapat jumpa lelaki yang bunuh mangsa, kesian remaja itu dah la masih di bawah umur. Saya kenal keluarga mereka," tulis Norieka.
"Kesian, kenapa sampai membunuh? Semoga pelaku cepat tertangkap.
"Semoga roh adik tenang di sana dan salam takziah buat keluarga," kata Rohayu88.
Belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung insiden itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram