SUDAH menjadi kebiasaannya kita mendengar kes guru merotan atau mendenda murid dengan niat untuk mendidik agar menjadi insan yang lebih berguna di masa hadapan tetapi jika keterlaluan pasti boleh mendatangkan padah.
Sebuah video tular mengenai seorang murid cedera dipercayai dihempas oleh guru ke kerusi dalam keadaan yang kuat sehingga menyebabkan patah kaki.
Melalui perkongsian video oleh @Eenayasin di TikTok, perkara itu bukanlah pertama kali terjadi kerana sebelum ini guru berkenaan pernah melakukan perkara tersebut kepada murid lain cuma tidak teruk sehingga menyebabkan kecederaan serius.
Berdasarkan video berdurasi 45 saat itu, kelihatan beberapa guru sedang duduk berbincang bersama ibu bapa mangsa agar kes ini tidak dibawa ke pihak polis dengan niat untuk tidak memalukan nama baik sekolah.
Pengguna TikTok tersebut muat naik video itu pada Sabtu beserta kapsyen #justiceforanaqi dengan harapan supaya menuntut keadilan yang sewajarnya buat murid lelaki tahun tiga itu.
Menerusi ruang komen video, rata-rata pengguna media sosial mahukan keadilan segera buat pelajar tersebut dan ada juga yang meminta supaya wanita tersebut tidak perlu berfikir panjang untuk membuat laporan polis.
"Tolong ambil tindakan awak jangan biarkan, kesian dekat anak, tolong buat report dan saman sebab kalau denda atau marah bukan macam ini caranya," ujar @Aishahecahh.
"Ambil sahaja tindakan supaya perkara yang sama tak berulang, selagi tak dikenakan hukuman selagi itu dia rasa hebat," jelas @Hranna5.
"Pergi ambil tindakan yang sewajarnya, jangan fkir nama baik atau kawan baik ke," kata @_Abeyrah.
"Boleh buat report polis dan ambil tindakan kalau ada ugutan dari pihak guru terus ambil sahaja tindakan tak boleh dibiarkan," luah @_Fyka03.
Difahamkan ibu bapa mangsa sudah membuat laporan polis dan kini menunggu maklum balas daripada pihak bertanggangungjawab. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram