Budak 8 tahun hampir seminggu hilang di Bandar Sri Permaisuri


  • 112
  • Sabtu, 20 Ogos 2022

Salsabeel Shaban Pasha, kali terakhir dilihat di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, pada 14 Ogos lalu.

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dilaporkan hilang sejak hampir seminggu lalu.

Kanak-kanak itu, Salsabeel Shaban Pasha, kali terakhir dilihat di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur pada 14 Ogos lalu.

Menurut ibunya, Shawwal Chan Pui Man, anaknya itu menghabiskan hari bersama bapanya pada hari kejadian.

Kata wanita tersebut, bekas suaminya memiliki hak melawat anak mereka pada hujung minggu.

“Dia sepatutnya pulang ke rumah pada pukul 5 petang, Ahad (14 Ogos) lalu tetapi dia tidak muncul-muncul.

"Usaha menghubungi bekas suami juga gagal dan saya membuat laporan polis pada hari sama di Balai Polis Salak Selatan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan laporan polis sudah dibuat dan siasatan sedang dijalankan oleh polis. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram