
PENGUMUMAN khas mengenai pengurangan waktu bekerja mingguan daripada 48 jam kepada 45 jam akan dibuat minggu hadapan, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M.Saravanan.
“Sabarlah semua lagi seminggu, saya akan membuat pengumuman khas.
“Ada beberapa perkara yang akan diumumkan dari segi waktu bekerja, hari cuti, peranan kementerian dan agensi penguatkuasa dan lain-lain,” katanya pada sidang media selepas program Minda Profesor Majlis Profesor Negara (MPN) pada Jumaat.
Saravanan mengulas laporan Sin Chew Daily bahawa penguatkuasaan waktu bekerja yang lebih pendek boleh ditangguhkan buat sementara waktu.
Laporan itu, yang memetik sumber, berkata, Saravanan berjanji untuk tidak melaksanakan peraturan baharu itu pada 1 September, semasa pertemuan dengan wakil industri baru-baru ini.
Kerajaan mengumumkan bahawa pindaan kepada Akta Pekerjaan, yang mana akan menyaksikan waktu bekerja mingguan dikurangkan daripada 48 jam kepada 45 jam, akan dikuatkuasakan mulai 1 September 2022. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram