Pelik tapi benar, ular mati digigit budak 2 tahun


  • Berita
  • Rabu, 17 Ogos 2022

S.E ketika mendapat rawatan di hospital dan kini semakin pulih selepas dipatuk ular. — Agensi

SEORANG kanak-kanak berusia dua tahun melakukan perkara mengejutkan apabila menggigit semula ular yang mematuknya di kampung Katar, dekat Bingol, Turkiye pada 10 Ogos lalu.

Ketika kejadian, kanak-kanak yang dikenali sebagai S.E sedang bermain di belakang rumahnya, sebelum jeritannya membuatkan jiran berdekatan berkerumun ke lokasi kejadian.

Apabila tiba, jirannya mendapati S.E sedang menggigit seekor ular dan reptilia itu didapati telah mati.

S.E kemudian dikejarkan ke hospital dan diletakkan di bawah pemerhatian selama 24 jam dan kini dilaporkan sihat dan semakin pulih.

Sementara itu, media melaporkan bahawa, kanak-kanak itu bermain dengan ular tersebut sebelum haiwan itu mematuk bibir bawahnya,

Kanak-kanak itu kemudian telah menggigit ular itu menyebabkan ia mati.

Turkiye merupakan negara yang mempunyai 45 spesies ular berbeza dan daripada jumlah itu, 12 adalah jenis berbisa. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram