Mayat warga emas ditemukan sebelah ular sawa


  • Benua
  • Selasa, 12 Jul 2022

Keadaan mayat mangsa yang ditemui orang kampung di sebelah seekor ular sawa. — Agensi

MAYAT seorang warga emas ditemui terbaring kaku di tepi jalan kampung di Desa Modangan, Indonesia pada Selasa.

Lebih menggemparkan, mangsa yang dikenali sebagai Ponirin, 50, ditemui mati bersebelahan seekor ular sawa yang sedang berlingkar.

Mangsa ditemui orang kampung dalam keadaan sudah tidak bernyawa.

Terkejut dengan penemuan mayat tersebut, orang kampung terus melaporkannya ke Balai Polis Nglegok.

Melalui hasil siasatan polis, Ponirin dipercayai maut akibat dibelit ular sawa tersebut.

Ketua Polis Daerah Nglegok, Inspektor Nur Budi berkata, mayat mangsa didapati mempunyai kesan luka dan kesan gigitan daripada ular.

"Pakaian mangsa turut koyak di beberapa bahagian dipercayai tercarik ketika bergelut dengan haiwan reptilia itu.

“Ada kesan luka di dada, baju koyak dan gigitan di badan,” katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram