Lebih 30 tahun pilihan jemaah umrah, Kopetro Travel penuhi kehendak dan kemampuan pelanggan


  • Bizz
  • Rabu, 17 Ogos 2022

KOPETRO Travel membantu bakal jemaah dengan menawarkan dua jenis pakej Umrah yang bermula dengan harga serendah RM7,799 seorang.

DENGAN lebih 30 tahun pengalaman dalam industri pelancongan domestik dan luar negara, Kopetro Travel & Tours Sdn. Bhd kekal menjadi pilihan terbaik dalam memberikan tawaran terhebat buat bakal jemaah yang ingin menunaikan ibadah umrah.

Sejak Arab Saudi mula memberikan kebenaran kepada rakyat Malaysia melaksanakan ibadah itu, permintaan terhadap pakej umrah kian melonjak.

Mana tidaknya tahun ini adalah peluang yang ditunggu-tunggu selepas hampir dua tahun umat Islam tidak dapat menunaikan umrah akibat penularan pandemik Covid-19.

Ia bukan sahaja menyedihkan jemaah, malah banyak syarikat pelancongan yang terpaksa gulung tikar kerana pandemik mula melanda dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kopetro, Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah, berterima kasih kepada pelanggan-pelanggannya kerana masih memberi kepercayaan dan menjadikan syarikat itu sebagai pilihan utama.

“Kepercayaan dan sokongan pelanggan-pelanggan selama lebih 30 tahun ini menjadi pembakar semangat buat kami untuk terus meningkatkan mutu prestasi perkhidmatan kami.

“Sebagai salah sebuah agensi pelancongan di bawah rangkaian antarabangsa The Advantage Global Network, Kopetro Travel mempunyai kelebihan untuk menawarkan pakej-pakej pelancongan yang boleh disesuaikan mengikut kehendak dan kemampuan setiap pelanggan.

"Hubungan rakan niaga di seluruh dunia ini menjadikan Kopetro Travel sebuah syarikat yang berpengaruh dan dipercayai,” ujar Ahmad Shakir dalam kenyataan pada Selasa.

Justeru, anak syarikat milik Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (Kopetro) itu membantu bakal jemaah dengan menawarkan dua pakej umrah iaitu bermula dengan harga RM7,799 seorang.

Screenshot 2022-08-16 at 22-20-07 Fwd SIARAN MEDIA TUNAIKAN UMRAH ANDA DENGAN PENUH MEMORI BERSAMA KOPETRO TRAVEL - nabilaiman@thestar.com.my - Star Media Group Berhad Mail

Kopetro Travel menawarkan pakej pelancongan yang boleh disesuaikan mengikut kehendak dan kemampuan pelanggan.

Pakej ekonomi menawarkan jemaah menggunakan visa pelancong yang mana mereka bakal diterbangkan ke Madinah dengan pesawat Saudi Airlines dan akan berada selama empat malam di sana sebelum berangkat ke Mekah.

Menjanjikan penginapan yang selesa dan senang untuk beribadah di Masjid Nabawi, jemaah akan menginap di Hotel Dar Al Naeem sepanjang berada di Madinah.

Manakala di Mekah pula jemaah umrah akan menginap selama enam malam di Hotel Mira Ajyad iaitu berlokasi lebih kurang 250 meter daripada Masjidil Haram.

Pakej kedua yang ditawarkan ialah Platinum yang mana jemaah akan menggunakan visa umrah dan sekali gus berpeluang menghabiskan masa masing-masing lima malam di Madinah dan Mekah.

“Pakej ini menawarkan kedudukan hotel yang lebih dekat dengan masjid di kedua-dua tempat; Hotel Swiss Al Maqam di Mekah, lebih kurang 150 meter dari Masjidil Haram dan Hotel Rove di Madinah, yang jaraknya hanya 50 meter dari Masjid Nabawi.

“Kedua-dua pakej yang ditawarkan sudah termasuk caj bagi kursus umrah, insurans perjalanan, pengangkutan bas beserta Mutawwif yang berpengalaman. Selain itu jemaah juga akan mendapat set bagasi, ihram dan telekung secara percuma,” tulis kenyataan itu.

Dalam pada itu, Kopetro Travel turut menawarkan pakej badal umrah iaitu RM450 seorang dan pelanggan yang berminat untuk mendapatkannya bersama tawaran lain boleh berkunjung ke MATTA Fair Penang pada 20 dan 21 Ogos 2022 ini.

Sebagai tanda menghargai sokongan pelanggan, Kopetro Travel sedang rancak mengadakan kempen ‘Cuti Sakan bersama Kopetro Travel’ yang menawarkan hadiah pakej pelancongan bernilai lebih RM15,000. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram