BEBERAPA jam selepas laporan mengenai seorang lelaki warga Britain mengalami kecederaan parah akibat terjatuh dari Air Terjun Kanching, Rawang, Selangor, seorang lagi individu dilaporkan mengalami nasib yang sama.
Kejadian pertama berlaku kira-kira pukul 10.22 pagi yang mana warga Britain berusia 31 tahun tersebut dilaporkan mengalami patah kaki kanan.
Bagi kes dua, Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan mengenai kejadian pada jam 2.08 petang.
"Kejadian melibatkan seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun yang terjatuh ketika mandi di lokasi kejadian.
"Mangsa mengalami kecederaan pada kaki kanan dan hipotermia," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Norazam berkata, mangsa diberikan rawatan awal dan dibawa turun.
"Mangsa kemudian dibawa menggunakan ambulans oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram