Dituduh tak habis-habis malukan keluarga dan agama, Alif Syukri kena bantai lagi


  • Tular
  • Sabtu, 13 Ogos 2022

Tangkap layar menunjukkan salah seorang netizen yang bengang dengan perlakuan Datuk Alif Syukri yang tidak henti-henti menghasilkan video memalukan.

USAHAWAN terkenal Datuk Alif Syukri tidak pernah lekang dengan isu kontroversi yang sering melibatkan dirinya yang nyata bukan sahaja menjatuhkan maruah keluarga malah turut menghina bangsa serta agama Islam.

'Abang terlajak laris' sebelum ini telah memuat naik video nyanyian yang dianggap sebagai 'marketing sampah' di media sosial.

Pernah disiasat oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung isu muzik video raya berjudul Kelepok Raya yang dikatakan agak keterlaluan, beliau sekali lagi menerima kecaman ramai menerusi video berperlakuan tidak senonoh yang memaparkan perempuan seksi dan aksi lucah sebagai tarikan.

Menerima pelbagai tohmahan serta cacian dalam kalangan netizen, video yang dimuat naik di laman TikTok ini menjelaskan betapa marahnya lelaki ini terhadap isu yang berbangkit.

Menurutnya, beliau sememangnya marah dengan apa yang terjadi dan mendesak tindakan keras diambil oleh pihak berkuasa terhadap usahawan tersebut.

"Pertama, kau bukan penyanyi dan suara kau sumbang sangat, kedua kau tak habis-habis nak menyakitkan hati orang Melayu dan agama Islam dan ketiga tak faham bahasa ke asyik malukan keluarga dan anak-anak sendiri.

"Sampai bila nak hasilkan video sampah guna perempuan seksi ni semua, banyak lagi cara lain nak hasilkan video promosi," ujarnya dengan nada marah.

Mengakhiri percakapan beliau, lelaki berjambang ini mendesak agar ada tindakan undang-undang dilaksanakan terhadap pernghasilan video yang tular di laman media baru-baru ini.

Terbaharu, menurut laporan mStar, Alif Syukri dikatakan bakal meninggalkan dunia media sosial serta merta berikutan isu teruk yang melanda dirinya.

alif

Tangkap layar hantaran yang dimuat naik Datuk Alif Syukri di laman Instagram peribadinya, memohon maaf pada orang ramai.

Susulan kecaman berterusan yang terhadapnya, menerusi dua video yang dimuat naik di Instagram miliknya, beliau telah memohon maaf kepada ibu, Rozita Ibrahim, isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid dan anak-anaknya atas kekhilafannya selama ini.

"Mohon keampunan dan kemaafan. Kepada semua yang mengenali saya, dari hujung rambut sampai ke hujung kaki saya mohon maaf.

"Saya juga nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki terutamanya kepada emak saya, isteri dan anak-anak saya.

Saya insan yang lemah dan akan mengundurkan diri daripada semualaman sosial dan terima kasih semua yang menyokong saya dari dulu sampai sekarang," katanya. — Majoriti