Bomba guna sulfur bersihkan tumpahan merkuri di SMK Bukit Garam 2


  • 112
  • Jumaat, 12 Ogos 2022

Bomba membersihkan tumpahan merkuri di SMK Bukit Garam 2

SEPASUKAN anggota bomba dipanggil untuk membersihkan tumpahan merkuri di makmal sebuah sekolah di daerah Kinabatangan pantai timur Sabah pada Jumaat (12 Ogos).

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Misran Bisara berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Garam 2 pada 7.24 pagi.

"Pihak sekolah melaporkan tumpahan berlaku selepas termometer di makmal pecah," katanya.

Beliau berkata, anggota bomba membersihkan tumpahan menggunakan serbuk sulfur.

Menurutnya, sisa tumpahan merkuri itu kemudian dimasukkan ke dalam beg untuk dilupuskan.

"Tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian ini," katanya sambil menambah bahawa operasi tamat pada 8.39 pagi. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram