'Saya terima sebagai ujian ALLAH,' Pemilik restoran asal Sarawak jawab isu tidak halal


  • Massa
  • Khamis, 05 Mei 2022

Tokong Cina yang berada dalam kedai tersebut.

KECOH kedai makan ayam penyet di OUG Parklane, Taman Perindustrian OUG, Kuala Lumpur didakwa diusahakan oleh bukan Muslim dan difahamkan premis berkenaan menyimpan tokong di restorannya.

Perkara itu ditularkan menerusi bebenang MalaysiaViral yang mana dibongkar oleh beberapa orang 'rider' perkhidmatan aplikasi penghantaran makanan, Grab yang memberitahu pelanggan mereka tentang keraguan status halal yang dimiliki kedai itu.

tweet

Bebenang dari MalaysiaViral berhubung kedai makan itu.

Menggunakan empat buah nama kedai merupakan modus operandi yang didakwa kedai berkenaan lakukan bagi mengelirukan pelanggan dan antara nama yang digunakan ialah Chef Aadham Fareed, Dapur Ayam Penyet, The Little Kitchen dan Xiao Chu Niang.

Menurut tangkap layar dari beberapa perbualan antara penghantar makanan dengan pelanggan mereka, tukang masak kedai berkenaan adalah warga Myanmar dan menurut beberapa rider kedai itu juga tidak mempunyai sijil halal.

Ada yang cuba menyalahkan sikap syarikat Grab Malaysia yang tidak menitikberatkan status halal dan haram sebuah kedai makan berdaftar di bawahnya, tetapi syarikat tersebut sudah memberi kenyataan berhubung isu tersebut.

"Terima kasih kerana memberitahu kami dan menghargai keprihatinan anda tentang perkara ini. Kami telah berkongsi dan mengetengahkan isu ini kepada pasukan yang bertanggungjawab untuk siasatan dan penjelasan lanjut mengenai perkara ini," menurut ciapan itu.

Dalam pada itu, pemilik kedai berkenaan, Aadham Fareed tampil menjelaskan berhubung isu berkenaan dan menurutnya dirinya ialah seorang Muslim yang berbangsa Cina.

OWNER

Penjelasan dari pemilik kedai berkenaan.

"Saya pemilik kedai ini. Nama saya Aadham Fareed, asal dari Sarawak Cina. Sekarang bangsa saya Cina tetapi beragama Islam. Saya rasa menyesal tukar brand (sebab nak rebranding) tak sampai 1 minggu pun Grab approve tukarkan nama dalam tu ke atas nama saya.

"Tokong Cina itu agama keturunan mak saya dan adik saya. Saya tidak boleh nak buangkan selagi mak saya tidak balik KL. Saya tidak boleh nak buatkan sebab hati saya sudah terbuka kepada ALLAH.

"Bukan mudah jalan saya sebagai Islam. Lagi-lagi yang Cina masuk Islam bukan ada pasangan ke apa tapi yang single terbuka hati. Saya terima ini sebagai ujian dari ALLAH," katanya dalam satu hantaran.

Malah, dalam hantaran berlainan, Aadham juga melampirkan kad dari Majlis Agama Islam Selangor yang mengesahkan bahawa dia adalah seorang Muslim. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram