Gangguan bekalan elektrik cetus panik


  • Primer
  • Rabu, 27 Jul 2022

Pasukan teknikal TNB sedang mengenal pasti punca kejadian. — Agensi

GANGGUAN bekalan di Pencawang Pembahagian Utama Ulu Kelang telah mengakibatkan ketiadaan bekalan elektrik di beberapa kawasan sekitar di seluruh Lembah Klang, pada Rabu.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam satu kenyataan rasmi menjelaskan memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami pelanggan terlibat.

"Anggaran masa untuk baik pulih adalah dalam tempoh satu hingga tiga jam atau berlaku bergantung kepada kerosakan. Maaf di atas kesulitan yang dihadapi dan kesabaran anda amat kami hargai.

"Pasukan teknikal kami sedang mengenal pasti punca kejadian. Usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan. Kami memohon maaf di atas segala kesulitan dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini", tulis wakil TNB dalam kenyataan tersebut.

Di ruang Twitter, rata-rata warganet membahaskan isu elektrik tersebut dan sebahagian daripada mereka untuk menyatakan bahawa kejadian yang sama turut terjadi di Negeri Sembilan dan Perak.

Dalam pada itu, RapidKL turut memaklumkan gangguan bekalan elektrik turut menjejaskan perkhidmatan rel khursusnya LRT laluan Ampang/ Sri Petaling.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram