Suspek kes bunuh 7 tahun lepas diburu, alamat terakhir di Klang


  • 112
  • Selasa, 26 Jul 2022

Tan Boon Leong atau nama panggilannya Ah Loong dikesan bantu siasat kes bunuh. — Sinar Harian

POLIS sedang mengesan seorang lelaki Tan Boon Leong bagi membantu siasatan berkaitan kes bunuh di Taman Eng Ann, Klang, Selangor pada tujuh tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP S. Vijaya Rao berkata, alamat terakhir lelaki itu atau nama panggilannya Ah Loong, 37, adalah di Jalan Serindid 1, Taman Eng Ann, Klang, Selangor.

Beliau berkata, saksi berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat kanan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara ASP M. Sathiyaseelan di talian 012-5197913.

"Sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan saksi berkenaan boleh menghubungi pegawai penyiasat kanan atau pusat kawalan IPD Klang Utara di talian 03-32912222 atau hubungi balai polis terdekat," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sementara itu, polis turut menahan seorang pemandu lori yang tular di media sosial baru-baru ini mengacu pisau terhadap pemandu lori lain di Jalan Parang, Bandar Sultan Suleiman, Klang pada Rabu.

Vijaya Rao berkata, lelaki berusia sekitar 40-an itu ditangkap pukul 12.25 tengah malam tadi di sekitar Klang.

"Lelaki itu ditahan susulan laporan polis dibuat seorang pemandu lori berusia 30-an pada pukul 5.15 petang semalam mendakwa lori dipandunya dipintas dan ditahan suspek yang memandu sebuah lori lain.

"Suspek dikatakan turun dari lorinya dengan membawa sebilah pisau dan terus mengugut mangsa dengan kata-kata ‘you tak kenal lagi siapa aku, kau tunggu aku cari kau’. Siasatan awal mendapati motif kejadian lebih kepada buli jalan raya," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan semakan rekod mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan curi motosikal selain ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah.

Katanya, suspek kini direman selama tiga hari untuk siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

polis, kesan, bunuh, tangkap, laporan, ugut