Mayat berbungkus selimut di kolam air panas Lojing tanpa suntikan BCG


  • 112
  • Selasa, 26 Jul 2022

SEORANG lelaki ditemukan mati dalam keadaan mayatnya dibungkus dengan selimut dan diikat menggunakan tali di kolam air panas Lojing, Gua Musang, Kelantan pada Ahad. — Sinar Harian

MAYAT seorang lelaki ditemukan berbungkus dengan selimut dan diikat menggunakan tali di kolam Air Panas Lojing, Gua Musang, Kelantan pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat itu pada pukul 8.30 malam.

"Hasil pemeriksaan di tempat kejadian, polis menjumpai seorang lelaki yang telah meninggal dunia. Mayat lelaki berkenaan dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Menurutnya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah berlaku ke atas mayat tersebut.

Beliau berkata, lelaki berketinggian 1.6 meter dan berusia lingkungan 20-an itu tidak mempunyai suntikan Bacille Calmette-Guerin (BCG).

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. — Sinar Harian

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Mayat, Gua Musang, Dijumpai, Laporan, Kelantan, Polis