Budak tertangkap, buat aksi lucah terhadap kakak di Kuching


  • Tular
  • Jumaat, 22 Jul 2022

Gambar kanak-kanak lelaki berkenaan yang tular di media sosial. — Facebook

SEORANG lelaki berkongsi kisah tentang kanak-kanak, dipercayai pasangan adik-beradik melakukan aksi lucah di sebuah taman permainan, Kuching, Sarawak pada Khamis.

Menerusi perkongsian lelaki tersebut di Facebook, dua orang kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan lima dan enam tahun itu sedang bermain di taman permainan tersebut sebelum adik lelakinya membawa kakaknya ke satu ruangan.

Ketika kejadian, budak perempuan itu hanya mengikut kehendak adiknya sebelum kanak-kanak lelaki berusia lima tahun itu menyuruh kakaknya baring dan terus melakukan aksi lucah tersebut.

Selepas kejadian itu, kanak-kanak lelaki berkenaan sedar bahawa perbuatannya sedang diperhatikan oleh seseorang dan terus berlari bersembunyi di sebalik tiang manakala kakaknya hampir menangis selepas perbuatan tersebut.

Menurut lelaki itu, dia terkaku apabila melihat kejadian tersebut berlaku di hadapan matanya, manakala isterinya pula bergegas menenangkan budak peremuan itu dan bertindak untuk menasihati kanak-kanak lelaki tersebut supaya tidak mengulangi perbuatannya.

Di ruangan komen Facebook, rata-rata orang ramai memberi pelabagai reaksi tentang kejadian yang berlaku dan ada juga mengucapkan terima kasih kepada pasangan yang bertindak menegur perbuatan mereka.

"Selalu perasan kalau pergi indoor playground, akan ada anak-anak yang bukan-bukan cara mainnya. Biasanya anak-anak ni tiada ibu bapa yang pantau, kadang-kadang geram juga bila dia mula kacau anak orang lain," jelas Mira Ibrahim.

"Selain pantau anak-anak main gadget, ibu bapa pun dah kena mula asingkan tempat tidur dengan anak-anak, dah kena ajar mereka tidur bilik sendiri, lagi baik jika lelaki satu bilik dan perempuan satu bilik," ujar Nur Amalia.

"Ya Allah, nasib baik mereka ditemui oleh individu-individu yang bertanggungjawab," kata Nora Isma.

"Rezeki mereka beradik apabila bertemu dengan orang dewasa yang lebih prihatin dan terus menasihati mereka," luah Nur Khairunisa.

Lelaki tersebut juga mengingatkan kepada ibu bapa di luar sana supaya sentiasa memantau pergaulan, telefon dan segala tingkah laku anak-anak mereka supaya kejadian seperti ini tidak berlaku lagi.

Belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa mahupun taman permainan terbabit setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Kanak-kanak, seks, aksi, prihatin, menegur