VIDEO tular pelayan seksi di kedai air buah dekat Setiu, Terengganu yang bergambar dengan 'lelaki-lelaki gatal' bukan sahaja mendapat kecaman ramai, malah turut menarik minat pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.
Lantaran itu, pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) telah mengeluarkan kenyataan bahawa kedai tersebut sememangnya dalam pemantauan pihak mereka sebelum video tersebut viral lagi.
Pesuruhjaya JHEAT, M Rozi Bidin dipetik sebagai berkata, pelayan wanita itu ditahan di dalam premis miliknya ketika operasi bersama pihak polis serta Majlis Daerah Setiu baru-baru ini.
Beliau mengesyorkan kes itu dirujuk mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.
Mohamad Sabri menjelaskan bahawa, etika pemakaian ketika urusan jual beli perlu diambil kira. — Sinar Harian
Mufti Terengganu, Prof Madya Dr Mohamad Sabri Haron berkata, etika pemakaian seseorang ketika membuat urusan jual beli perlu diambil kira kerana dikhuathiri boleh menimbulkan fitnah.
Tambahnya, sekiranya tempat tersebut mendatangkan fitnah, para pelanggan tidak sepatutnya berada di situ.
"Kalau tak pakai tudung dan mendedahkan aset memang haramlah. Jadi, pelanggan pun terlibat juga.
"Kalau (pelanggan) dengan sengaja datang ke tempat tersebut untuk layan nafsu pun memang jelas haram," katanya kepada Majoriti.
Mohamad Shukri menganggap, individu menghadiri tempat tidak sepatutnya menggambarkan kerendahan moral mereka.
Sementara itu, Datuk Mohamad Shukri Mohamed berkata, terdapat hadis yang menyebut bahawa antara keunggulan akhlak seseorang itu adalah mereka meninggalkan sesuatu yang tidak patut dilakukan.
Jelas Mutfti Kelantan itu, sekiranya seseorang individu mempunyai moral dan berakhlak tinggi, mereka tidak akan menghadiri tempat yang tidak sepatutnya.
Katanya, sekiranya perkara itu berlaku, maka ia menggambarkan kerendahan moral seseorang.
"Jadi, kalau kita pergi ke tempat tidak bermoral, orang akan anggap kita juga tidak bermoral.
"Apatah lagi kalau kita melakukan perbuatan-perbuatan tidak bermoral, maka sudah tentu kita sememangnya tidak bermoral," katanya ketika mengulas mengenai kehadiran pelanggan 'gatal' di premis tular tersebut.
Ketika ditanya keperluan sama ada premis tersebut perlu ditutup, Mohamad Shukri berkata, semuanya bergantung kepada keputusan pihak berkuasa.
Pada masa sama, beliau berkata, pihak bertanggungjawab perlu mengambil pendekatan lebih bijaksana secara berperingkat.
"Kalau peringkat pertama tidak dilakukan, maka akan dilanjutkna ke peringkat kedua.
"Tindakan yang diambil perlu bijaksana. Orang kata, seperti menarik rambut di dalam tepung; rambut jangan putus, tepung jangan berserak," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram