Amy ditahan semula Jawi selepas dibebaskan, bakal didakwa Rabu


Nuramira dijangka didakwa di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur esok. — Sinar Harian

SELEPAS dilepaskan dengan ikat jamin di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur, wanita yang menimbulkan kontroversi semasa membuat persembahan di sebuah kelab komedi minggu lalu, ditahan semula penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada pukul 10.30 pagi, Selasa.

Siti Nuramira Abdullah, 26, ditahan penguat kuasa Jawi selepas menandatangani Borang Jamin ditemani peguamnya, Ramesh Chandran.

Mengikut prosedur, wanita itu akan ditahan oleh Jawi selama 24 jam sebelum didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah pada Rabu.

Dia akan dituduh mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 Bahagian III-Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Kesucian Agama Islam dan Institusinya. — Sinar Harian

Menyusul...

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram