Peniaga 'gila talak', bakar pondok di Sungai Petani lepas gagal cari bekas isteri kini direman 4 hari


  • 112
  • Selasa, 12 Jul 2022

Suspek menunjukkan isyarat jari kepada media ketika dibawa keluar dari Cawangan Mahkamah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda pada Selasa. — Sinar Harian

SEORANG peniaga kedai makan direman empat hari sehingga Jumaat bagi membantu siasatan melakukan perbuatan khianat dan ugutan jenayah dalam kejadian amuk di Bandar Seri Astana, Sungai Petani, Kedah pada Isnin.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sungai Petani, Muhammad Aliff Abdul Aziz ke atas suspek berusia 54 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 435/427 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Suspek yang berpakaian baju lokap polis menunjukkan pelbagai aksi ketika wajahnya dirakam semasa diiringi anggota polis untuk prosiding reman.

Lelaki itu dikatakan mempunyai masalah rumah tangga, mengamuk selepas gagal mencari bekas isteri di sebuah kedai makan di perumahan berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas mengamuk di tepi jalan dekat Bandar Seri Astana, pada Isnin.

peniga gila

Gambar selepas suspek membakar pondok berkenaan. — Facebook

Lelaki terbabit dikatakan memegang parang dan seterusnya bertindak membakar pondok kecil di belakang kedai makan diusahakan bersama bekas isteri.

Suspek dipercayai turut bertindak memecahkan cermin kereta jenis Naza Ria milik orang awam yang diletakkan di situ.

Semakan rekod lampau mendapati, suspek memiliki 12 rekod kesalahan lampau termasuklah lapan berkaitan jenayah dan empat berkaitan dadah. — Sinar Harian

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram