Miliki dadah, bekas tonggak Harimau Malaya kena cekup


  • 112
  • Ahad, 10 Jul 2022

Bekas pemain itu juga pernah membantu pasukannya memenangi kejuaraan Liga Super sebanyak enam kali bersama dua skuad berbeza.

BERITA menggemparkan arena bola sepak tempatan apabila seorang bekas pemain skuad kebangsaan ditahan polis pada Sabtu kerana didapati memiliki dadah jenis Methamphetamine.

Berdasarkan laporan dari portal Makan Bola, bekas pemain berkenaan pernah beraksi untuk tiga pasukan di saingan Liga Malaysia, selain pernah menganggotai skuad negara bawah 23 tahun dan pasukan senior kebangsaan.

Malah bekas pemain itu juga pernah membantu pasukannya memenangi kejuaraan Liga Super sebanyak enam kali bersama dua skuad berbeza selain merangkul kejuaraan seperti Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih.

Selepas bersara dari karier profesional, beliau dikatakan terlibat dengan aktiviti bola sepak disebalik tabir tetapi ia tidak bertahan lama dan terkini beliau dilaporkan ditahan pihak berkuasa kerana memiliki dadah tersebut.

Bagaimanapun identiti sebenar mengenai pemain bola itu masih disiasat namun berdasarkan maklumat Makan Bola beliau dilahirkan di negeri pantai barat Malaysia .

Sehingga kini pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai penahanan bekas pemain skuad kebangsaan itu dan Majoriti sedang cuba mencari maklumat teperinci mengenai kes tersebut. — Makan Bola

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram